Kepada anda yang berminat untuk berkongsi resepi masakan anda di blog ini, saya alu-alukan perkongsian anda. Sila hubungi saya di dalam komen dan saya akan jadikan anda sebagai penulis resepi di blog ini....

Jumat, 10 Juni 2011

RESEPI KEK BLACK FOREST



BAHAN-BAHAN
  • 120 gm gula kastor
  • 100 gm tepung gandum (saya guna tepung naik sendiri)
  • 20 gm serbuk koko
  • 4 biji telur
  • 10 gm ovalette
  • 20 gm air (saya guna air sejuk yang telah dimasak)
  • 1 sk esen vanila
  • 20 ml minyak jagung (saya cairkan mentega)
  • Untuk hiasan : Nondiary whipping cream (dipukul sehingga kembang) Jem blueberry (buah) Ceri merah, Chocolate rice. 
CARA MEMBUATNYA
  1. Campurkan kesemua bahan kecuali minyak. Putar pada kelajuan tinggi selama 10-15 minit.
  2. Perlahankan putaran, masukkan minyak.
  3. Griskan loyang, masukkan adunan dan bakar selama 30-35 minit.
  4. Sejukan kek, potong 2 lapisan. Sapu krim dan letakkan beri.
  5. Naikkan kek atas lapisan yang telah dikrim tadi dan sapu semua bahagian kek dengan krim. Saya memang sapu sedikit.
  6. Hiaslah mengikut citarasa kita.

1 komentar:

  1. salam kak...sy nk tnye air 2 mmg sukatan dlm gm or ml...

    BalasHapus

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...