Kepada anda yang berminat untuk berkongsi resepi masakan anda di blog ini, saya alu-alukan perkongsian anda. Sila hubungi saya di dalam komen dan saya akan jadikan anda sebagai penulis resepi di blog ini....

Sabtu, 23 Juli 2011

RESEPI BIHUN SOTO

BAHAN-BAHAN

UNTUK SUP
  • 1 ekor tulang ayam 
  • 1 ekor ayam 
  • 2 kiub stok ayam 
  • 2 batang kulit kayu manis 
  • 3 kuntum bunga lawang 
  • 4 biji bunga cengkih 
  • 4 biji buah pelaga 
  • Garam secukup rasa 
  • 3 camca besar minyak  
  • 2 liter air 

BAHAN KISAR
  • 2 biji besar bawang merah 
  • 5 ulas bawang putih 
  • 1 inci halia 
  • ½ inci lengkuas 
  • 1 camca teh lada hitam  
  • 4 biji buah keras 

BAHAN UNTUK KICAP
  • Segenggam cili padi, basuh, jangan dibuang batang 
  • 10 biji bawang putih 
  • 15 biji limau kasturi 
  • Gula secukup rasa  
  • Kicap pekat 

BAHAN-BAHAN LAIN
  • Bihun - celur dahulu 
  • Taugeh – celur sekejap 
  • Kacang Tanah – digoreng atau direbus 
  • Begedil 
  • Daun Sup dan Daun Bawang  
  • Bawang Goreng 
CARA MEMBUATNYA
UNTUK SUP
  1. Panaskan minyak di dalam periuk. 
  2. Masukkan bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis, dan buah pelaga. Masukkan bahan-bahan yang dikisar. Goreng hingga perang. 
  3. Masukkan air kedalam periuk dan biar mendidih. 
  4. Kemudian, masukkan kedua-dua ayam kedalam periuk. 
  5. Masukkan stok ayam dan garam. Tutup priuk and tunggu sehingga ayam empuk/masak. 
  6. Setelah masak, keluarkan ayam yang berdaging tadi dari sup. Toskan ayam tadi.  
  7. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga garing. Angkat dan sait-siatkan daging ayam tadi.
UNTUK KICAP
  1. Goreng cili padi tanpa minyak hingga layur. 
  2. Bakar bawang putih sehingga keperanggan. 
  3. Giling kedua-dua bahan sehingga hancur. 
  4. Perahkan asam limau. 
  5. Tuangkan kicap pekat dan gula. Gaul bahan. 
CARA HIDANGAN
Masukkan bihun yang telah dicelur, taugeh, kacang, tanah, daun sup, daun bawang, bawang goreng dan ayam goreng yang telah disiat kedalam mangkuk. Kemudian masukkan sup dan akhir sekali masukkan sedikit sos kicap tadi dan perahkan limau kasturi.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...