Kepada anda yang berminat untuk berkongsi resepi masakan anda di blog ini, saya alu-alukan perkongsian anda. Sila hubungi saya di dalam komen dan saya akan jadikan anda sebagai penulis resepi di blog ini....

Minggu, 14 Agustus 2011

RESEPI CAKOI / PAKTONGKOL

BAHAN-BAHAN
  • 1kg tepung gandun (anchor brand) 
  • 1 pkt instant yeast (mauripan) 
  • ½ cawan minyak mazola
  • 1½ cawan gula pasir
  • 3½ cawan air
  • sedikit garam 
  • 2 biji telur 
  • 1 sudu teh bikarbonat soda  
  • 1 sudu teh air kapur
CARA MEMBUATNYA
  1. satukan tepung gandum dan yis. Pecahkan telur kedalam adunan tepung tadi, gaul. 
  2. masukkan bahan yang telah dilarutkan bersama air. 
  3. uli adunan hingga licin dan tidak melekat di tangan. 
  4. tutup adunan dengan tuala lembab, biar 2 jam atau hingga keesokan pagi. 
  5. uli semula adunan tersebut hingga licin dan lembut. 
  6. ambil sedikit adunan dan canaikan. 
  7. potong bentuk memanjang 7 X 2 cm 
  8. guna lidi atau buluh bunga telur, celupkan dalam air dan basahkan bahagian tengah adunan yang dipotong tadi. 
  9. ambil adunan lain yang telah dipotong sama saiz, lekatkan, tekan sedikit dibahagian yang dibasahkan dengan air tadi.  
  10. ulangi proses dan goreng dalam minyak penuh dan api sederhana

2 komentar:

  1. Apa bahan yang sudah dilarutkan kedalam air pada langkah ke-2 tu ?

    BalasHapus
  2. bahan selain daripada tepung dan telur tu

    BalasHapus

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...