Kepada anda yang berminat untuk berkongsi resepi masakan anda di blog ini, saya alu-alukan perkongsian anda. Sila hubungi saya di dalam komen dan saya akan jadikan anda sebagai penulis resepi di blog ini....

Sabtu, 13 Agustus 2011

RESEPI CAPATI GULUNG

BAHAN-BAHAN
  • 310 gm sardin kaleng bersos tomato (disejat) 
  • 2 camca besar mayonis
  • 2 camca besar mentega kacang
  • 2 biji cili hijau (dibuang biji dan dicincang)
  • 1 camca besar sos barbeku
  • 1 camca teh air perahan limau nipis
  • Garam
  • Serbuk lada hitam 
  • 6 keping capati Bahan hiasan:
  • 100 gm kentang (direbus dan dilecek)
  • 1 camca besar mentega
  • 1 camca besar susu segar
  • 1 biji tomato (dibuang biji dan dihiris) 
  • Parsli (dihiris)
CARA MEMBUATNYA
  1. Lecek sardin hingga halus. Gaul rata sardin, mayonis. mentega kacang, cili hijau, sos barbeku, air limau, garam dan serbuk lada hitam. 
  2. Bahagikan enam dan ratakan setiap bahagian pada capati. Gulung kemas dan susun di dalam bekas kedap udara. Simpan sejam dalam peti sejuk.
  3. Keluarkan gulungan dan hiris setebal 3 cm. Sementara itu, gaul kentang lecek yang masih panas bersama mentega dan susu. 
  4. Isikan di dalam beg aising dan picit di atas capati gulung (bahagian berhiris sebelah atas). Hias dengan tomato dan parsli.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...