Kepada anda yang berminat untuk berkongsi resepi masakan anda di blog ini, saya alu-alukan perkongsian anda. Sila hubungi saya di dalam komen dan saya akan jadikan anda sebagai penulis resepi di blog ini....

Minggu, 03 April 2011

RESEPI AYAM MASAK SOS



BAHAN BAHAN
  • Dada ayam - potong kecil - goreng terlebih dahulu pun sedap
  • 2 biji bawang merah - hiris halus
  • 3 ulas bawang putih - ketuk dan cincang
  • 1" halia - hiris halus
  • 2 biji tomato
  • 4 tangkai lada kering
  • sedikit lada hitam
  • 1 batang lobak merah - potong bulat
  • sos tiram
  • sos cili
  • sos tomato
  • soya sos
  • sedikit kicap pekat
  • 1/2 cawan air
  • sedikit gula + garam
CARA MEMBUATNYA
  1. Panaskan minyak dalam kuali. tumis semua bawang, halia dan lada kering hingga garing. 
  2. Kemudian masuk 1/2 cawan air. gaul rata.
  3. Masuk ayam dan semua jenis sos + lada hitam. masuk lobak.
  4. Biar hingga mendidih dan masak hingga kuah agak pekat.
  5. Akhir sekali masukkan tomato dan perasakan dengan garam + sedikit gula. 
  6. Angkat dan tabur dengan daun sup.
Dah siap hidangkan

1 komentar:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...