Kepada anda yang berminat untuk berkongsi resepi masakan anda di blog ini, saya alu-alukan perkongsian anda. Sila hubungi saya di dalam komen dan saya akan jadikan anda sebagai penulis resepi di blog ini....

Rabu, 27 April 2011

RESEPI KEK KEJU BLUEBERRY BAKAR



BAHAN-BAHAN
  • 100g biskut marie, dihancurkan (atau guna oreo)
  • 100g butter, dicairkan (kalau guna oreo, guna 50g butter saje)
  • *Gaul rata biskut dan butter dan tekan-tekan pada dasar loyang sampai padat.
  • Bahan cream cheese:
  • 250g cream cheese, suhu bilik
  • 65g whipping cream @ fresh cream
  • 30g gula kastor
  • 3 kuning telur Gred A
  • 1/2st esen vanila
  • 1/2st jus lemon @ lemon oil @ limau kasturi
  • 30g gula kastor
  • 3 putih telur Gred A
  • 1/4st cream of tartar (optional)
  • 200g blueberry filling 
CARA MEMBUATNYA
  1. Panaskan oven pada suhu 160C. Bakar base biskut untuk 5 minit, kemudian sejukkan pada suhu bilik.
  2. Dalam bekas besar, pukul cream cheese bersama 30g gula, perlahan-lahan masukkan whipping cream dan esen vanila serta jus lemon. Pukul sampai adunan jadi sebati, smooth dan gebu. Guna speed sederhana.
  3. Masukkan kuning telur satu per satu dan pukul sebati, sambil berhenti sekali-sekala untuk scrap tepi-tepi bekas tersebut.
  4. Dalam bekas lain, pukul putih telur hingga berbuih. Masukkan cream of tartar dan baki 30g gula sedikit demi sedikit, hingga bertanduk dan kaku.
  5. Kaup balikkan meringue ke dalam adunan cream cheese secara perlahan-lahan.
  6. Tuangkan adunan ke dalam loyang berisi base biskut dan hentak loyang sekali atas meja (hentak dari paras siku) untuk keluarkan buih-buih yang besar.
  7. Balut luar loyang cheesecake dengan aluminium foil 2-3 kali dan bakar secara bain marie/water bath/steam bake selama 55 minit-1 jam, dengan 5 minit terakhir loyang di'rotate'kan.
  8. Keluarkan dari oven dan sejukkan dalam loyang sebentar di atas redai, sebelum dikeluarkan cheesecake dan disimpan dalam peti sejuk. Dah sejuk hiaskan sesuka hati atau tuangkan blueberry filling di atasnya.
  9. ***Kalau nak buat swirl, sebelum adunan dituang ke dalam loyang, ambil 1/3C adunan tersebut dan tambah 2sb blueberry filling. Kacau rata. Tuang lebihan adunan ke dalam loyang dan letak sesudu adunan berfilling secara rawak di atas permukaan nya. Guna pisau atau lidi untuk buat corak.

7 komentar:

  1. Komentar ini telah dihapus oleh administrator blog.

    BalasHapus
  2. cik, sila tukar gmbr ye? penat sy tngkp tgh sarat2 ngandung ni tp cik tulis watermark cik T_T kesianilah ibu ngandung ni, tgl bbrp hr je lg nk bersalin T_T woo wooo..

    BalasHapus
  3. penat org lain buat..ko memandai jer padam watermark org..x tahu buat xyah buat blog..tak pasal2 trafic jammed kat blog ko..

    BalasHapus
  4. Komentar ini telah dihapus oleh administrator blog.

    BalasHapus
  5. sori ye Cida..saya pinjam gambar je pon..x pe saya dah delete gambar tu ye..

    BalasHapus
  6. takpe, boleh letak gmbr cuma..jgnlah tampal watermark sy dgn cik punya :) lbh afdhal diletakkn link asal tuan punya blog, sy tengok pun sejuk hati. hehe.. salam perkenalan -aku.zack@zachoes.blogspot.com-

    BalasHapus
  7. ok Zack Zachoes...len kali saya bg credit kat blog awak ye..sy letak link kalo pinjam gambar awak ye..
    : ) ... salam perkenalan

    BalasHapus

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...