Kepada anda yang berminat untuk berkongsi resepi masakan anda di blog ini, saya alu-alukan perkongsian anda. Sila hubungi saya di dalam komen dan saya akan jadikan anda sebagai penulis resepi di blog ini....

Minggu, 29 Mei 2011

RESEPI SERUNDING DAGING





BAHAN-BAHAN
  • 1kg Daging Batang Pinang ( part ni daging paling lembut )
  • 1 bijik kelapa yang diambil santan pekatnya 
  • Cengkih/bunga lawang/kayu manis ikut suka
  • 3 sudu besar garam
  • 1 sudu besar gula
  • 3 sudu besar minyak


Bahan A ( Blender A )
  • 2 bijik bawang besar
  • 1 ‘labu’ bawang putih ( labu – keseluruhan sebiji bawang putih, bukan seulas )
  • 20 Biji cili kering – ikut kepedasan yang diinginkan


Bahan B ( Blender B )


  • 3 sudu besar jintan manis
  • 1 sudu besar jintan putih
  • 3 sudu besar rempah ketumbar
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • 6 batang serai
  • 3 inci halia


CARA MEMBUATNYA


  1. Potong daging sebesar 2 inci dan rebus sehingga air kering. Siat Halus. Tumis sedikit bawang merah/putih beserta cengkih/lawang/kayu manis. 
  2. Masukkan Bahan A dan B yang telah dikisar a.k.a diblender dan santan pekat kedalam kuali dan panaskan sehingga garing. 
  3. Kemudian, masukkan daging, garam, gula dan sentiasa kacau dengan api perlahan sehingga kering.




Proses ini mungkin memakan masa sehingga 1-2 jam kerana api perlahan dan serunding perlu betul2 kering supaya tahan lama dan lazat serta enak dimakan. Tak leh berhenti kacau serunding sebab boleh hangus dan jadi tak rata. Lihat pada tekstur permukaan serunding untuk mengetahui ianya dah kering belum.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...